Al-Quran yang berusia 500 tahun ditemui dan sedang menjalani proses pemulihan, sangat indah
Pemulihan Al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang rosak teruk ditelan masa dan unsur semulajadi, berkemungkinan akan selesai pada akhir April ini.
Hanya kulit buku dan penjilidan buku yang masih tinggal untuk dibaiki, kata Hsu Mei-wen, pakar dalam pemulihan teks kuno dan kaligrafi.
“Semua kerja pemulihan Al-Quran sepatutnya selesai pada akhir April.”
“Teks Al-Quran mengandungi 75 surah itu, ditulis tangan oleh 4 orang yang berbeza, menggunakan dakwat yang berbeza dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16,” kata Hsu.
Dua tahun lalu, Al-Quran itu telah disampaikan sebagai hadiah oleh Faisal Hu, seorang sukarelawan Tzu Chi dan Muslim yang berpangkalan di Turki kepada Guru Dharma, Cheng Yen pengasas Yayasan Amal Buddha Tzu Chi yang berpangkalan di Taiwan.
“Di suatu hari, Cheng Yen menyelak Al Quran tersebut dan mendapati seperti semut menghurung pada beberapa halaman, beliau kemudian menghubungi perpustakaan negara,” kata Hsu.
Menurut Hsu, ‘semut’ itu sebenarnya adalah kumbang (cigarette beetles), yang biasa ditemui pada buku lama.
Sambil menambah bahawa langkah pertama yang diambilnya adalah menggunakan gas lengai seperti nitrogen untuk menyingkirkan serangga.
Menurutnya lagi, pemulihan sebenar buku tulisan tangan itu adalah proses yang panjang dan rumit, sambil menambah bahawa mereka mengambil masa setengah hari untuk membaiki hanya satu muka surat.