Alang’s Rawa ambil tindakan undang-undang terhadap Norreen dan Iman, berang sebab nama baik dan reputasi musnah
Sebuah resort terkemuka di sebuah pulau di Johor memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Norreen Iman dan juga pensohor media sosial Bella Khan.
Menurut pihak pengurusan resort tersebut, pelakon tersebut tidak membuat sebarang aduan ketika menginap di pusat penginapan yang disewa sebaliknya memilih untuk mendedahkannya di media sosial.
Ujar mereka lagi, terdapat komunikasi secara langsung antara pihak pengurusan dan pelanggan ketika mereka menginap di sana atas sebab-sebab yang diketahui mereka tetapi tidak boleh didedahkan.
Pihak pengurusan resort tersebut dilaporkan sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah termasuk kedua-dua influencer tersebut.

Terdahulu, Norreen dan Bella Khan dilaporkan telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menginap di resort tersebut namun menerima layanan tidak memuaskan dari segi servis staff resort dan juga perkhidmatan yang disediakan sepanjang penginapan