Alat sulit penyanyi ini diramas ketika sedang dikerumuni peminat, sampai terduduk sebab senak. Seorang penyanyi lelaki yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan terkenal di Indonesia iaitu Yovie & Nuno, Pradikta Wicakson berdepan detik yang tidak disangka-sangka apabila alat sulitnya diramas peminat.
Alat sulit diramas peminat?
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika Pradikta Wicakson atau lebih mesra dengan panggilan Dikta membuat persembahan di Anjungan Sarinah, Jakarta Barat, baru-baru ini. Dikta dikerumuni para peminat saat sedang berjalan meninggalkan pentas dan tanpa diduga, alat sulitnya turut diramas oleh salah seorang peminatnya.
Menerusi video yang tular di media sosial, Dikta dilihat memegang alat sulitnya malah wajahnya juga kelihatan seperti sedang menahan sakit sehingga membuatkan dirinya terduduk.
@luv.cal ♬ Dia Milikku – Yovie & Nuno
Sementara di IG Story, Dikta berkongsi video teknik kungfu bagi mempertahankan diri sebagai persediaan. Susulan daripada perkongsian itu, para peminat berpendapat ianya mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian Dikta yang diserang secara seksual tempoh hari.
@hai_online Semoga Dikta di story Desta beneran baik-baik aja deh, ya 🙏 #dikta #pradiktawicaksono ♬ original sound – HAI