TerasMalaysia

Altimet menang bergaya di Lembah Jaya, penyanyi rap pertama yang jadi YB

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Altimet menang bergaya di Lembah Jaya, penyanyi rap pertama yang jadi YB

Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali dengan nama Altimet, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 6,678 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Altimet yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 26,298 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang mendapat 19,620 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zafrul Fazry Mohd Fauzi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Ampang Indah di sini malam ini.

Kemenangan Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang itu menyaksikan beliau berjaya mempertahan kerusi dimenangi PH menerusi Haniza Talha dengan majoriti 14,790 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan syor Lembaga Disiplin bagaimanapun melucutkan keanggotaan lima ahlinya termasuk Haniza pada Jun 2020.

Altimet ketika ditemui media malam ini mengakui teruja untuk memulakan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mahukan penduduk di Lembah Jaya memanggilnya dengan nama Ahmad, berbanding nama pentasnya.

Kemenangan Altimet sekali gus menjadikan dia sebagai penyanyi rap pertama bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Baca : Lama menyepi dari dunia seni dan lakonan, Rupanya Fatiya Latiff dah tukar bidang

Leave a Comment