TerasMalaysia

Ambil masa hampir sebulan dari Perak ke Mekah, Herry Nizam selamat sampai tunai umrah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ambil masa hampir sebulan dari Perak ke Mekah, Herry Nizam selamat sampai tunai umrah. Keazaman seorang lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam yang sanggup berjalan kaki dari Plaza Tol Bidor, Perak menuju ke Mekah secara solo demi mengerjakan ibadah Umrah telah membuahkan hasil apabila sudah sampai di tanah suci.

Meskipun melalui pelbagai halangan dan cabaran, Herry telah mengejutkan ramai apabila impiannya untuk menjejaki tanah suci Mekah telah tercapai tidak sampai sebulan selepas menerima bantuan seseorang.

Herry diberi bantuan 2 tiket penerbangan percuma ke Mekah
Menceritakan kembali, Herry mendedahkan dia menerima sumbangan dua tiket penerbangan secara percuma dari Bangkok ke Mekah oleh seorang individu yang berniat mahu melancarkan perjalanannya ke sana.

Pada awalnya, Herry enggan untuk menerima tawaran tersebut namun, dia telah bersetuju selepas dinasihati rakannya kerana tidak mahu menghampakan perasaan individu yang membantunya.

Terbaharu, menerusi hantaran terbaharu Herry di laman TikToknya, kelihatan Herry sedang bertahallul dengan menggunting rambutnya selepas selesai melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid Al-haram.

Ambil masa hampir sebulan dari Perak ke Mekah, Herry Nizam selamat sampai tunai umrah

Dalam rakaman itu, ia telah menjadi bukti Herry sudah berada di tanah suci dan lelaki dalam rakaman tersebut telah menjadi saksi bahawa ibadah umrah Herry telah dilaksanakan.

“Asalamualaikum, dia dah tahallul maknanya lepas dia tahallul umrah dia dah selesai. Aku saksi umrah abang ini sudah selesai,” ujar lelaki itu.
Herry meluahkan rasa sebak kerana dia tidak menyangka keinginan dan impiannya telah termakbul selepas mengharungi pelbagai dugaan yang menimpa, sebelum ini.

“Saya tak boleh nak cakap apa, sebak sangat. Sepanjang perjalanan saya menitis air mata. Terima kasih sahabat saya kerana mendoakan saya sampai ke tahap ini. Jadi, apa-apa kita nak buat kita kena yakin Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya,” kata Herry.

@herrynizam4 @JalilRazak ♬ original sound – Herrynizamshop

BACA:
Gara-gara ingin memiliki permainan konsol dengan harga yang murah, student ini kehilangan RM11,500
Baby Shima terima mesej berunsur lucah di Instagram, siap tunjuk gambar pelaku dekat netizen
”Terima kasih ya Allah aku sudah bercerai” – Tular video wanita melonjak suka lepas dijatuhkan talak

Leave a Comment