TerasMalaysia

Amoi Ini Bagi Penjelasan Kenapa Kaum Cina Selalu Guna Nama Barat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Amoi Ini Bagi Penjelasan Kenapa Kaum Cina Selalu Guna Nama Barat

Memang kebanyakkan nya kaum cina selalu memperkenalkan diri dengan nama barat. Walhal kadang kala nama tersebut jauh berbeza dengan nama yang tertera didalam kad pengenalan.

Kebiasaan ini membuatkan orang ramai tidak lagi pelik apabila seseorang yang berbangsa Cina memperkenalkan diri dengan nama Barat. Bagi menjawab isu berkenaan, seorang TikToker @lowsokying tampil menjelaskan mengapa individu Cina sering kali mempunyai dua nama yang berbeza.

Menurut pengalaman Low Sok Ying sendiri, beliau akui nama beliau sendiri sukar dipanggil atau tidak diingati ramai. Malah, terdapat individu yang gagal mengeja nama beliau dengan betul. Begitu juga dengan sebilangan besar nama Cina yang lain.

Hal ini membuatkan terdapat kaum Cina yang memilih untuk mempunyai nama Barat yang lebih ringkas serta mudah dipanggil oleh kaum lain. Selain itu, terdapat juga kaum Cina beragama Kristian yang sememangnya mempunyai nama Barat sebagai nama rasmi.

Perkongsian ringkas dan padat daripada Low Sok Ying ini sekaligus telah mendapat para netizen yang turut dapat mengaitkan apa yang diungkapkan dengan situasi yang dialami. Malah, terdapat netizen yang turut memperakui nama Barat lebih mudah diingati berbanding nama Cina.

Sementara itu, terdapat juga individu yang memaklumkan tidak menjadi masalah untuk belajar menyebut nama sebenar seseorang individu Cina berbanding memanggil mereka dengan nama Barat. Perkongsian yang dibuat telah meraih hampir sejuta tontonan tontonan sejak mulai dikongsikan pada 2 Januari lalu.

Sumber

Gaji Lumayan Sehari RM80K, Kerja Hanya 6 Bulan Sahaja

Leave a Comment