Anak ahli politik diperiksa, pihak berkuasa jumpa dadah dalam bilik VIP di sebuah pusat hiburan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Anak ahli politik diperiksa, pihak berkuasa jumpa dadah dalam bilik VIP di sebuah pusat hiburan

Seorang anak menteri diperiksa pihak polis selepas didapati masih berada dalam pusat hiburan yang beroperasi lebih masa dalam satu serbuan yang dilakukan terhadap sebuah pusat hiburan di Langkawi.

Serbuan tersebut berlaku pada minggu lalu dan anak menteri itu bagaimanapun tidak ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun itu baru tiba dari Pulau Pinang dan telah berkunjung ke pusat hiburan terbabit.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan dilakukan pada jam 2 pagi, 29 Jun lalu.

“Di dalam pemeriksaan itu dua orang lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah namun mereka tiada kaitan dengan mana-mana ahli politik.”

Tambahnya, individu yang disaring air kencing dan keputusannya negatif tidak ditahan di lokap.

Terdahulu, media sosial mendakwa bahawa anak ahli politik kanan itu telah ditahan namun polis telah pun menyangkal dakwaan terbabit.

Ketika serbuan, dia bersama tiga individu lain berada di bilik orang kenamaan (VIP), tempat pihak polis menjumpai ganja dan kokain namun saringan air kencing membuktikan anak ahli politik kanan tersebut negatif dadah.

Baca : Jurugambar terkilan minyak kereta dicuri orang, berlaku masa parkir di Singapura

Leave a Comment