Anak mengadu dekat ibu sakit kemaluan dan dubur, rupanya angkara cikgu sendiri. Sebagai seorang ibu bapa, kita pasti akan menjaga anak-anak kita seperti menatang minyak yang penuh
Apatah lagi jika mereka baru saja mahu mengenali kehidupan di dunia ini. Zaman sekarang ini macam-macam perkara boleh berlaku terutama sekali gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Perkara ini perlu dielakkan dalam masyarakat kita dan pelakunya harus diambil tindakan yang tegas dengan apa yang telah dilakukan.
Baru-baru ini, usahawan terkenal Hafiz Mahamad berkongsi berita yang menyayat hati daripada salah seorang pekerjanya telah mendapat perhatian ramai.
Anak mengadu sakit di bahagian kemaluan dan cerita apa yang berlaku
Menerusi video tersebut, kelihatan Hafiz Mahamad dan isterinya berada di sebuah hospital untuk melawat keadaan anak pekerjanya itu.
Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja. Disebabkan itu, dia telah menghantar anak perempuannya ke pusat asuhan.
Namun, si ibu tidak menyangka lain pula yang terjadi apabila anaknya itu memberitahu sakit di bahagian kemaluan dan duburnya. Apabila ditanya, dia menjawab ia telah dilakukan oleh gurunya.
Dia sebelum itu tidak mengesyaki apa-apa, tetapi dia mula perasan semasa dia menghantar anaknya pergi sekolah, anaknya tidak mahu disambut dengan guru lelaki berkenaan dan tidak mahu masuk. Difahamkan, kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
@hafizmahamad Bila dpt whatsapp video anak ni, menangis saya & isteri. Ya Allah, kenapa ada yg sanggup buat mcmni