Anak saudara tak tau malu, bawa satu keluarga datang rumah perhambakan ‘owner’
Adab melayan tetamu itu sesuatu yang sangat penting dalam masyarakat kita, namun jika tetamu itu sudah mula ‘naik kepala’, lain pula ceritanya. Menjadi tetamu, kita seharusnya tidak membebankan tuan rumah dan tidak mengganggu mereka.
Baru-baru ini, sebuah tweet menerusi akaun @ConfessTweetMY mendapat perhatian netizen, ia memaparkan luahan seorang tuan rumah apabila tetamu yang dilayannya itu semakin tunjuk belang.
Menurut perkongsian itu, tetamu itu merupakan anak saudara kepada ibunya, pada awalnya, ibunya itu tidak keberatan dalam melayani anak saudaranya itu namun keadaan bertambah keruh apabila anak saudaranya itu seperti mengambil kesempatan terhadap ibunya.
Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri itu turut mempunyai seorang anak dan setiap kali mereka datang ke rumah, segala barang keperluan bayi itu pun tidak dibawa.
Sebaliknya, ibunya itu terpaksa membelikan lampin pakai buang serta barangan untuk mandikan bayi tersebut.
Perkara itu menyebabkan pengadu bersimpati terhadap ibunya yang terpaksa melayan kerenah pasangan suami isteri tersebut.
Luahan pengadu ini menarik perhatian netizen, ramai yang merasakan suami isteri itu perlu diajar kerana kedua-dua mereka kelihatan seperti tidak bertimabng rasa, ada juga yang memberikan tips untuk menepis permasalahan ini.