TerasMalaysia

Anak sulong dan suami dikacau, rumah didatangi ulat kecil, isteri rupanya sudah ‘bersuamikan’ jin 13 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Anak sulong dan suami dikacau, rumah didatangi ulat kecil, isteri rupanya sudah ‘bersuamikan’ jin 13 tahun

Setiap hari alami mimpi indah didatangi lelaki berwajah kacak, siapa sangka rupanya ia adalah petanda gangguan mistik daripada makhluk halus. Itulah dugaan berat yang dihadapi oleh wanita bernama @Echasusiami ini di mana kisahnya sedang viral di TikTok.

Semua kejadian pelik ini bermula pada tahun 2008 saat Echa berusia belasan tahun. Satu malam, dia bermimpi seorang pemuda kacak datang bertemunya namun mereka tidak berbual langsung. Lelaki itu hanya mengucup bibir dan anehnya, Echa yang masih naif begitu menikmati moment berkenaan. Mimpi yang sama berulang lagi pada setiap malam sampaikan ke tahap adegan melakukan ‘hubungan badan’. Meskipun menganggap ia cuma mainan tidur, ia terasa seperti realiti sampaikan Echa pernah alami mimpi basah.

Selain lelaki kacak, Echa mimpi bermain dengan ramai budak dan bayi pula. Saat itu, kebetulan Echa yang menghidap PCOS memang benar-benar mahukan anak kedua. Jadi dia berfikir mungkin mimpi tersebut cuma bawaan perasaan sahaja. Takut berlaku salah faham, dia tidak pernah beritahu suami tentang segala mimpi yang dialami. 2 hari kemudian, bau busuk dan ulat kembali muncul di dalam kediaman mereka. Suami sudah mula syak ada benda yang tidak kena, maka seorang ustaz dipanggil untuk ‘memagar’ rumah mereka. Selepas setahun, ulat yang sama tetap ada namun hanya di luar rumah sahaja dan tidak boleh masuk.

Seorang lagi ustaz (kawan kepada bapa Echa) telah dihubungi untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila tiba di rumah, perawat itu merenung tepat ke arah Echa dan seakan dapat membaca gangguan yang berlaku. “Awak ada mimpi berjumpa lelaki? Pernah mimpi ‘main’ dengan lelaki? Pernah mimpi datang majlis nikah? Pernah mimpi main dengan budak?”. Ya, itulah soalan yang keluar dari mulut Pak Ustaz. Walaupun belum bercakap apa-apa, Echa sedar dia tidak boleh lagi menyembunyikan hal tersebut. Si suami nampak bingung, namun Echa terus mengiyakan segala persoalan. Alangkah terkejutnya, ustaz memberitahu Echa sebenarnya telah dinikahi oleh satu jin dan sudah mempunyai ramai anak bersama.

Dalam proses rukyah yang berlangsung, Echa yang sudah terpaut dengan cinta si jin merasa sukar hendak tamatkan hubungan 2 dunia itu. Dari 2008 sampai 2021, hatinya seakan terikat hinggakan merasa sedih untuk berpisah. Sampai akhirnya, ustaz meminta suami Echa bercakap dengan makhluk itu sendiri.

Rukyah diteruskan, ustaz terus membaca banyak doa sampailah hati Echa tiba-tiba menjadi kosong sekosong kosongnya. Alhamdulillah segalanya kini telah terlerai, Echa akhirnya bebas daripada genggaman jin berkenaan dan tidak lagi alami mimpi-mimpi pelik.

Sumber

Baca : Tengah seronok bergelak ketawa, wanita tiba-tiba mengilai dalam kereta pukul 2 pagi, semua kecut perut

Leave a Comment