TerasMalaysia

Anggota JPJ Beri Bantuan Kepada OKU Dipuji Ramai, Tak Sia-Sia Belajar Bahasa Isyarat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Anggota JPJ Beri Bantuan Kepada OKU Dipuji Ramai, Tak Sia-Sia Belajar Bahasa Isyarat

Berkat belajar bahasa isyarat dimanfaatkan oleh Zulhairi Zamri, 23, apabila dapat membantu OKU yang datang berurusan di kaunter JPJ tempatnya bertugas di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.

Menerusi laman TikTok, anggota JPJ tersebut memuat naik situasinya berkomunikasi dengan seorang lelaki OKU menggunakan bahasa isyarat di kaunter.

Menurut Harian Metro, Zulhairi mendedahkan dia mempelajari bahasa isyarat menerusi buku pemberian daripada rakan baiknya yang juga seorang OKU bisu serta pekak iaitu Mohammad Hafis Izzuan Abdul Rahman.

Selain dirinya, beberapa rakan sekampung serta abangnya juga mengambil inisiatif untuk mempelajari bahasa isyarat agar memudahkan untuk berkomunikasi.

Mengenai video di TikTok itu, Zulhairi berkata, dia tidak bertugas di bahagian kaunter urusan dan anggota di bahagian itu meminta bantuan mana-mana anggota lain yang tahu bahasa isyarat untuk membantu lelaki OKU di kaunter.

“Saya berasa gembira dapat membantu lelaki itu dan mengeja satu-satu serta pergerakan tangan juga lebih perlahan supaya lelaki itu lebih faham apa yang saya eja itu.

“Kalau diikutkan mungkin tiada keperluan untuk kita yang tiada ahli keluarga OKU belajar bahasa isyarat tetapi pada saya jika kita tahu bahasa itu adalah kelebihan untuk membantu komuniti OKU terutama dalam situasi memerlukan,” katanya sambil memberitahu video itu dirakam rakannya.

Kerana Laporan Palsu, Pelajar Kolej Ini Diburu Polis

Leave a Comment