TerasMalaysia

Anthony Loke Turun Padang ‘Settle’ Penumpang Mengamuk Sebab Flight Delay

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Anthony Loke Turun Padang ‘Settle’ Penumpang Mengamuk Sebab Flight Delay

Tular satu video menunjukkan seorang lelaki mengamuk di KLIA sebab flight delay 8 jam. Pangalaman penerbangan tertangguh untuk satu tempoh yang lama memang amat memeritkan bagi mana-mana penumpang yang terkandas.

Video yang memaparkan situasi tegang penumpang berkenaan tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak khususnya orang awam.

Ekoran daripada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah tampil untuk memberi keterangan lanjut berkenaan isu tersebut.

Menurut perkongsiannya di laman Twitter, @anthonyloke difahamkan beliau telah menghubungi pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.

Hal tersebut menyebabkan individu terbabit bersama beberapa penumpang lain disyaki berang dan memarahi kakitangan bertugas tersebut kerana dipercayai sudah ‘penat’ menunggu selama lebih kurang lapan jam.

Kerana Tak Jumpa Makanan, Monyet Mengamuk Lempar Beg Berisi Duit

Leave a Comment