
Anwar Hanya Terima RM1 Setahun Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menerima RM 1 setahun dan tidak menerima sebarang bayaran elauan atau keistimewaan semasa menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.
Setiausaha Politik kepada Dato’Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, berkata dakwaan yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak benar.
Ujarnya, dakwaan tersebut telah dinafikan berulangkali hingga termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar ketika itu Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Negeri Selangor.
“Semasa tempoh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM 1 setahun. Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan. Beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM 1 tersebut.
“Perkara ini telah jelas tertera dalam Hansard Dewan Negeri Selangor menerusi jawapan kepada soalan oleh Ahli Dewan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Tambah Juwairiya, tindakan untuk membangkitkan semula dakwaan tidak berasas ini menunjukkan parti yang dipengerusi olehnya terdesak setelah kempen mereka gagal membentuk kerajaan.
Baca: Kad Kredit VS Kad Debit, Yang Mana Lebih Selamat?