Anwar Menteri Kewangan, Rafizi Menteri Ekonomi & Zafrul Menteri Perdagangan Antarabangsa

Oleh admin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang portfolio Menteri Kewangan

Manakala, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dilantik memegang jawatan Menteri Ekonomi.

Pemilihan Ahli Parlimen Pandan itu diumumkan oleh beliau pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa, dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Datuk Seri Azalina Othman Said pula dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, turut dilantik sebagai Senator ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, yang juga Setiausaha Agung PKR dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu dua Ahli Parlimen dari Sarawak bertukar portfolio dalam Kabinet pimpinan Anwar.

Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dipilih sebagai Menteri Kerja Raya bertukar dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang disandangnya sebelum ini.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri yang menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini, dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Leave a Comment