TerasMalaysia

Apakah hukum yang akan dikenakan jika suami tak dapat beri duit bulanan kepada isteri? Ini jawapan yang ramai tak tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Apakah hukum yang akan dikenakan jika suami tak dapat beri duit bulanan kepada isteri? Ini jawapan yang ramai tak tahu

Di zaman moden ini, ramai wanita sudah bekerja dan tidak lagi mengharapkan wang dari suami. Namun begitu, penting untuk kita faham bahawa dalam sesebuah rumahtangga, nafkah adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh suami kepada isteri. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.

Tapi, bagaimana pula dengan wang belanja bulanan isteri? Adakah suami wajib menyediakannya? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus.

Soalan: Suami tak mampu beri duit bulan-bulan kepada isteri tetapi makan minum, pakaian dan tempat tinggal disediakan. Apakah hukumnya?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Apabila suami selesai akad nikah, tak wajib lagi nafkah ke atas dirinya. Apa yang wajib adalah mas kahwin. Suami wajib memberi nafkah apabila isteri dihantar masuk ke rumah kita. On the way tak wajib.

Ustaz Azhar memberi contoh situasi si isteri terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah suami selepas akad nikah. Jelasnya, urusan perubatan diwajibkan ke atas bapa isteri bukannya suami.

Belum wajib bayar kerana belum serah kepada kita. Turun depan rumah ada kulit pisang, jatuh. Bawa pergi klinik kena RM200, ayah dia wajib bayar kita belum. Dia masuk dalam rumah kita, jatuh lagi.. kena RM30. Masa itu baru kita wajib bayar.

Sejak dari itu, bermulalah kewajipan suami iaitu nafkah pakaian, makan minum, tempat tinggal, ubat-ubatan dan alat solek kalau suami minta isteri bersolek.

Makan minum dua kali sehari, pakaian dua pasang setahun (pakaian dalam, pakaian luar, tudung dan sepatu). Apabila isteri sakit, wajib beri ubat.

Ustaz Azhar menjelaskan lagi, apabila sudah menunaikan nafkah wajib hukumnya adalah sah meskipun suami tak mampu beri wang bulanan. Namun, suami digalakkan memberi wang atau hadiah lain sebagai penghargaan kepada isteri.

Sumber

Baca : Anak terkejut dapat tahu ayah masih hidup masa ditanam, roh dikunci dalam botol angkara sihir anak saudara nenek

Leave a Comment