Arab saudi bina gym khas yang tertutup dan selesa untuk wanita bersenam, rata-rata netizen tak puas hati
Gimnasium atau pusat senaman adalah satu pilihan bagi individu yang baharu hendak memulakan amalan senaman dalam rutin harian mereka. Antara kelebihan bersenam di gymnasium adalah ia menyediakan tempat yang tertutup dan selamat, malah, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti bersenam, gym menyediakan pelbagai alat bantu yang boleh digunakan bergantung kepada tahap kemampuan diri masing-masing.
Namun, ramai yang meluahkan rasa tidak selesa untuk bersenam di gym kerana bercampur dengan lelaki sehingga terpaksa bersenam di tempat lain.
Tapi apa yang menarik perhatian kami apabila salah seorang wanita, @el.carb.bouchay berkongsi sebuah video keadaan gym wanita di Arab Sau di.
Memang sangat selesa dan siap ada abaya disediakan untuk pengguna gym tersebut. Nak free hair pun boleh tak ada masalah!
Tapi apabila menjengah ruangan komen, ada yang mengatakan wanita tidak ada kebebasan dan mereka rasa kasihan pada wanita Arab Saudi.
Lebih mengejutkan lagi ada yang mempersoalkan ini gym ke neraka sebab tiada lelaki boleh masuk.
Berikutan itu @el.carb.bouchay meluahkan rasa sedihnya di twitter kerana ramai yang mengatakan gym khas untuk wanita itu tidak masuk akal.