Arak Korea yang diperbuat daripada najis budak, didakwa memiliki khasiat yang tersendiri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Follow TERASMALAYSIA

Arak Korea yang diperbuat daripada najis budak, didakwa memiliki khasiat yang tersendiri.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh The Patriot Asia di platform X, terdapat laporan mengenai wujudnya arak yang diperbuat daripada najis kanak-kanak di Korea. Jenama arak ini dikenali sebagai ttongsul.

Seperti dalam tamadun Cina, tamadun Korea turut kaya dengan tradisi herba, rawatan, dan makanan unik seperti arak ttongsul ini.

Proses pembuatan arak ini bermula dengan penapaian najis kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 7 tahun. Disebabkan proses penapaian, bau najis dikatakan akan menjadi lebih tajam.

Kemudian, tapaian najis tersebut dicampur dengan beras pulut, beras biasa, dan yis untuk melalui fasa penapaian arak.

Arak ini diklaim memiliki keupayaan untuk merawat radang dan memberi lega kepada kesakitan. Terkadang, tulang kucing turut ditambah untuk memberikan kepekatan. Rasanya dikatakan serupa dengan soju biasa, walaupun mempunyai sedikit bau najis.

Selain dari najis kanak-kanak, terdapat juga yang menggunakan najis haiwan seperti najis ayam dan anjing.

Akibat bunyi muzik yang kuat dalam sebuah majlis kahwin, 63 ekor ayam milik penternak mati akibat sakit jantung
Gara-gara tidak mahu ikut bercuti, pengurus Tahfiz nekad kurung isteri ketiga di Inap Desa dekat Kelantan
Hati-hati dengan apa yang dilontarkan, ini asal-usul sebenar tentang perkataan ‘Israel’ yang ramai tak tahu dan silap

Leave a Comment