TerasMalaysia

Artis BBNU kantoi like video lucah di Twitter, netizen dedah ciri-ciri individu itu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Artis BBNU kantoi like video lucah di Twitter, netizen dedah ciri-ciri individu itu

Kecoh di Twitter apabila warganet tampil mendakwa pendatang baharu iaitu seorang pelakon lelaki kantoi β€˜like’ tweet berbaur lucah di laman media sosial tersebut.

Menerusi pendedahan di Twitter, seorang pengguna mengakui terkejut apabila pelakon tersebut didakwa dengan berani menyukai video serta gambar tidak senonoh di laman media sosial miliknya.

Namun, individu tersebut tidak mendedahkan siapakah pelakon yang dimaksudkan itu sebaliknya hanya berdiam diri.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menyoal adakah tindakan pelakon tersebut disengajakan atau mahu menutup aibnya sendiri.

Pelakon yang baru menapak di dalam industri itu juga difahamkan menggunakan akaun media sosialnya yang sebenar sehingga menyebabkan perbuatannya pecah tembelang.

Aku terkejut bila tengok dia β€˜like’. Begitu umum ya dah la pakai akaun yang sebenar.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap pendedahan mengenai sisi gelap pelakon tersebut. Mereka juga mendakwa pelakon terbabit merupakan salah seorang calon anugerah BBNU di Anugerah Bintang Popular BH.

Tambah beberapa individu lain, mereka turut mempersoalkan adakah pelakon tersebut seorang yang bergelar selebriti kerana dikatakan baru sahaja menapak dalam industri hiburan tempatan.

Sumber

Baca :Β 
Wanita terkejut lepas 3 tahun berkahwin, baru tahu wali sebenarnya tiada pertalian darah
Ustaz ralit ‘scroll’ dan layan video lucah masa tengah jaga murid ambil ujian peperiksaan

Leave a Comment