Asal usul “Chicken chop” yang ramai tak tahu, mati-mati ingat dari negara barat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Asal usul “Chicken chop” yang ramai tak tahu, mati-mati ingat dari negara barat. Kalau kita sering mengunjungi gerai-gerai tempatan di sekitar Malaysia atau Singapura, anda pasti perasan ada gerai yang menyajikan ‘Makanan Western’.

Antara menu wajib dalam kategori ‘Makanan Western‘ ini sudah semestinya ‘chicken chop‘. Hidangan sepinggan lengkap ini biasanya menampilkan sekeping filet ayam, sama ada dipanggang atau digoreng dalam bater dan disalut serdak roti.

Selain itu, watak utama ‘chicken chop’ biasanya dimakan bersama kuah ‘black pepper’ dan beberapa hidangan sampingan seperti coleslaw dan kentang goreng.

Namun percaya atau tidak, hidangan ‘barat’ ini mungkin tidak ada atau sukar di temui di benua sana. Sebaliknya, hidangan ini lebih mudah ditemui di negara kita khususnya.

Lebih mengejutkan, hidangan yang selama ini diletakkan dalam kategori makanan barat sebenarnya bukan berasal dari negara barat pun. Sebaliknya, juadah ini sebenarnya berasal dari Malaysia sendiri. Ya, ‘chicken chop‘ adalah hidangan ciptaan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Asal usul "Chicken chop" yang ramai tak tahu, mati-mati ingat dari negara barat

Rasa seperti di’scam’, chicken chop sebenarnya juadah ciptaan warga tempatan
Seperti juadah lain yang terdapat dan gerai dan kopitiam di Malaysia, chicken chop sebenarnya merupakan juadah ciptaan dari etnik Cina Hainan.

Berdasarkan sejarah, ketika gelombang kedua migrasi warga Cina ke Asia Tenggara sekitar awal abad ke-19, imigran dari selatan China tiba di rantau ini untuk mengubah nasib masing-masing.

Orang Cina Hokkien dari Fujian serta Kantonis, Teochew dan Hakka dari Guandong adalah kumpulan pertama yang tiba di Tanah Melayu dan Singapura yang dijajah British. Mereka kemudiannya terlibat secara aktif dalam sektor perlombongan biji timah dan perladangan.

Manakala, orang Cina Hainan yang berasal dari wilayah Hainan pula merupakan golongan imigran yang sampai sedikit lambat berbanding dengan yang lain. Ketika kehadiran mereka di Tanah Melayu dan Singapura, kebanyakan sektor ekonomi utama telah dikuasai kumpulan Cina yang lain.

Disebabkan tu, kebanyakan orang Cina Hainan biasanya menjadi pembantu rumah bagi tempat kediaman British dan Cina Peranakan.

Selain itu, mereka juga biasanya menjadi pembantu dapur dan tukang masak di kem tentera British, kapal-kapal, restoran dan hotel semasa zaman kolonial.

Oleh sebab itu, mereka merupakan golongan etnik Cina pertama di Tanah Melayu yang berjaya mempelajari dan mengadaptasi teknik-teknik masakan dari Barat.
Antara hidangan yang dipelajari seperti hidangan berunsurkan panggang, sup krim, kentang goreng, roti dan pastri.

Bahan-bahan masakan Barat juga telah dimasukkan ke dalam pantri mereka. Ia termasuklah sos Perrins Worcestershire, sos HP dan sos tomato, dan apa-apa bahan perasa yang sering digunakan oleh orang British.

Selepas itu, ramai orang Cina Hainan mula terlibat dalam perniagaan dan memilih membuka kopitiam. Juadah-juadah yang dijual kemudian dikenali sebagai juadah Hainan tempatan hari ini.

Mereka mula menyewa bangunan-bangunan kosong yang ditinggalkan oleh pedagang-pedagang asing yang terpaksa menutup perniagaan masing-masing ketika dunia dilanda Great Depression.

Sehubungan itu, ramai orang Cina Hainan memilih untuk membuka kopitiam dan menyajikan hidangan yang dikenali sebagai juadah Hainan tempatan.

Berbekalkan pengetahuan yang dipelajari sewaktu berkerja di dalam dapur British, orang Cina Hainan telah menggabungkan teknik dan bahan masakan Timur dan Barat untuk menghasilkan hidangan baru dan unik.

Antaranya, roti bakar kaya, pai ayam, stew kambing, roti babi dan sudah semestinya, chicken chop.

Begitulah kisahnya bagaimana juadah yang disangka berasal dari Barat ini tercipta di tanah air kita.

BACA:
Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma
“Kakak terfikir-fikir macam mana nak keluar dari belengu hutang, benda jadi bila kakak hafal ayat ni”
“Kakak terfikir-fikir macam mana nak keluar dari belengu hutang, benda jadi bila kakak hafal ayat ni”

Leave a Comment