Asal-usul kain kasa yang ramai tak tahu, dipercayai dicipta dan berasal dari Gaza

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Asal-usul kain kasa yang ramai tak tahu, dipercayai dicipta dan berasal dari Gaza.

Sepanjang peradaban manusia, banyak inovasi yang telah berjaya dihasilkan memberikan manfaat kepada kehidupan sehingga saat ini.

Terdapat inovasi-inovasi yang dihasilkan beratus-ratus atau ribuan tahun yang lalu yang masih kekal bertahan dan digunakan oleh manusia moden. Salah satu contohnya ialah kain kasa atau gauze fabric.

Kain kasa ini memiliki kegunaan yang pelbagai, tidak hanya digunakan dalam penghasilan pelbagai produk, tetapi juga mendapat tempat luas dalam bidang perubatan, terutama untuk membalut luka.

Walaupun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa kain kasa ini sebenarnya berasal dari Gaza, Palestin. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda sejarah sedikit tentang ‘pemberian’ Gaza kepada dunia ini.

Asal usul kain kasa ini boleh dikesan seawal kurun ke-13 dan dipercayai berasal dari kawasan Timur Tengah, khususnya di wilayah Gaza.

Asal-usul kain kasa yang ramai tak tahu, dipercayai dicipta dan berasal dari Gaza

Pada zaman itu, Gaza terkenal sebagai pusat penghasilan kain kasa. Kain ini mula mendapat perhatian di peringkat global apabila ia diperkenalkan ke Eropah.

Menurut Ensiklopedia Britannica, nama gauze sendiri dipercayai berasal dari nama tempat asal usulnya, Gaza.

Namun, ada juga pandangan lain yang menyatakan bahawa gauze berasal dari perkataan Arab dan Parsi, iaitu ‘Qazz’, yang membawa maksud sutera mentah. Pandangan ini muncul kerana sutera merupakan bahan awal yang digunakan oleh penduduk Gaza untuk menenun kain kasa.

Seiring dengan perubahan zaman dan peningkatan harga sutera, penenun beralih kepada kapas sebagai bahan utama dalam penghasilan kain kasa. Meskipun begitu, kebolehan kapas untuk dihasilkan dengan kos yang lebih rendah menjadikannya pilihan utama.

Pada masa kini, terdapat juga kain kasa yang dihasilkan daripada bahan sintetik.

Kain kasa ini terkenal dengan kebolehpermeableannya yang tinggi, menjadikannya ideal sebagai penyaring dan penapis. Penggunaan kain kasa semakin popular apabila digunakan dalam bidang perubatan, terutama sebagai pembalut luka.

Kelembutan tekstur kain kasa dan kemampuannya untuk membolehkan udara masuk dengan baik menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam membalut luka, dengan dijamin tidak menyebabkan iritasi pada kawasan luka.

Selain manfaatnya dalam bidang perubatan, kain kasa juga digunakan secara meluas dalam industri pakaian.

BACA:
Kecoh satu surau, wanita masuk tandas lepas terhidu bau busuk, terkejut jumpa mayat bayi bawah baldi terlangkup
Ini sebab dan kenapa wartawan yang berada di medan perang tak boleh diserang atau dicederakan
Lelaki berasal dari Malaysia ditahan di Arab Saudi, gara-gara dedah perkara ‘betul’ dalam media sosial

Leave a Comment