TerasMalaysia

Asalnya suruh tempah bilik hotel, hilang 5 angka sebab kena scam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Asalnya suruh tempah bilik hotel, hilang 5 angka sebab kena scam

Kehilangan wang simpanan dalam tempoh yang singkat bukan sahaja menyedihkan, malah boleh menyebabkan seseorang itu terduduk mengingatkan hasil penat lelah selama ini lesap begitu sahaja.

Terbaharu, seorang wanita mengalami kerugian sebanyak 5 angka dalam masa seminggu selepas terpedaya dengan taktik licik sindiket penipuan ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita bernama Fyqa Zainol mendedahkan kisah malangnya yang membuat keputusan ‘bodoh’ untuk menyertai satu kerja sambilan.

@fyqaazainol

Minggu terpaling down. Hilang semua duit dalam account. Tak sanggup nak sebut berapa K. Doakan semoga boleh dapat balik duit ni sikit untuk teruskan hidup 🥲 trip.com #parttimejob #scammer #spreadawareness #call997 #scammeralert

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Menurut wanita berkenaan, dia ditugaskan untuk menempah bilik hotel dan perlu membuat pembayaran yang dikatakan akan dikembalikan semula beserta komisen.

“Aku baru balik dari balai polis dan bank untuk lapor tentang kebodohan aku. Tak payah kecam-kecam, ini memang bodoh aku sebab join part time job.”

Bukan itu sahaja, Fyqa turut menceritakan modus operandi si scammer yang baru sahaja dilaluinya dan bagaimana dia menanggung kerugian berjumlah lima angka itu secara terperinci.

Semua duit yang saya gunakan adalah wang simpanan sendiri, termasuk dalam akaun Tabung Haji. Akhirnya saya buat laporan polis pada Ahad. Polis kata banyak sangat kes macam ni. Saya trauma sebab dah tak ada duit langsung.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai orang. Ketika meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati selain turut mendedahkan pengalaman mereka di ditipu agensi kerja sambilan.

Sumber

Baca : Banyak pakaian dalam almari tapi tak pakai, ustaz perjelas isu yang ramai orang tak tahu

Leave a Comment