TerasMalaysia

ASB Buka Rahsia Tentang Dividen Setiap Tahun Yang Buat Orang Ramai Terkejut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

ASB Buka Rahsia Tentang Dividen Setiap Tahun Yang Buat Orang Ramai Terkejut

Melabur adalah satu cara untuk meningkatkan potensi jumlah wang yang anda miliki. Matlamatnya adalah untuk membeli pelaburan pada harga rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Perbezaan antara simpanan dan pelaburan adalah:

  • Anda biasanya menyimpan wang dalam akaun bank atau hanya dengan menyimpannya di tempat yang selamat. Apabila anda melabur, anda membeli danadan menyimpan wang anda dalam akaun pelaburan.
  • Semasa menyimpan, peluang pulangan wang anda untuk bertambah lebih rendah, berbanding dengan apabila anda melabur. Melabur membantu anda mengatasi inflasi melalui faedahi dan memastikan kuasa beli wang anda tetap kukuh.
  • Simpanan biasanya diperuntukkan untuk matlamat jangka pendek, manakala pelaburan lebih sesuai untuk matlamat jangka panjang seperti persaraan.

Baru-baru ini, ASNB telah membuat pengumuman tentang dividen bagi tahun 2022 dan apa yang lebih menarik, mereka turut mengumumkan bonus tambahan buat para pelabur.

Dividen ASB bagi tahun 2022 diumumkan sebanyak 3.35 sen seunit dan ditambah juga dengan bonus sebanyak 1.25 sen seunit manakala bonus tambahan pula 0.50 sen seunit.

Pengumuman itu sekaligus membuatkan sesetengah individu membuat andaian bahawa dividen ASB bagi tahun ini adalah 5.1 sen seunit atau 5.1 peratus.

Namun, sebenarnya bonus tambahan yang diumumkan hanyalah diberikan buat 30,000 unit pertama sahaja. Sementara pemilikan unit melebihi 30,000 pula tidak akan diberikan bonus tambahan.

Merujuk kepada perkara itu, berikut adalah contoh pengiraan dividen ASB 2022 dan contoh kiraan perbezaan pendapatan dividen buat jumlah pemilikan pelabur yang berbeza.

Cara pengiraan pengagihan pendapat unit amanah di laman ASNB sedikit berbeza buat mereka yang mengeluarkan modal pegangan ASB sepanjang 12 bulan terakhir.

Sebagai contoh, jika ada telah mengeluarkan wang sebanyak RM30,000 selama empat bulan daripada RM100,000 pegangan unit amanah sebelum memasukkan wang itu semula, jadi jumlah baki minimum pada bulan berkenaan iaitu sebanyak RM70,000 akan diambil kira bagi empat bulan tersebut.

Semoga perkongsian ini, dapat memudahkan anda semua untuk membuat pengiraan bagi dividen dan bonus ASB 2022.

Ingat Boleh Lari? Wanita Ini Berjaya Tuntut Nafkah Tertunggak Bernilai RM70K

Leave a Comment