Auntie India Ini Fasih Loghat Kelantan Buat Netizen Teruja Nak Dengar
Malaysia adalah negara yang unik dengan kepelbagaian loghat. Setiap satu negeri mempunyai loghat tersendiri sekali gus memberi kelebihan tersendiri.
Orang Melayu sudah biasa kita lihat dan dengar loghat mereka, tapi jika ia adalah daripada orang Cina dan India perkara itu agak rare sekali.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang auntie India yang fasih bercakap dalam loghat Kelantan telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan anak kepada auntie itu sedang merakamnya di dapur.
Dia kemudian bertanya pokok apakah yang dipegang ibunya itu. Apa yang lebih mengujakan ramai adalah auntie itu dilihat bercakap dalam loghat Kelantan dengan fasih sekali.
Difahamkan, keluarga itu memang menetap di Kelantan, jadi sudah terbiasa dengan loghat negeri tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja mendengar kefasihan auntie itu bercakap.
Baca : Pakcik Ini Tanggalkan Collar Tag Ketat Pada Anjing Buat Ramai Terharu