Auntie India Ini Melatah Dalam Loghat Perak Buat Netizen Kagum

Auntie India Ini Melatah Dalam Loghat Perak Buat Netizen Kagum

Melatah adalah perbuatan manusia yang berlaku oleh kerana tindak balas yang diterima tanpa kerelaan hati. Seseorang yang melatah akan memberikan respon terkejut sambil mengeluarkan perkataan, gerak tubuh atau suara secara spontan.

Jarang dan boleh dikatakan tak pernahlah kita tengok kaum selain daripada Melayu melatah macam makcik ni, boleh dikatakan satu kes rare bila melihat kaum India yang melatah.

Apa yang menarik perhatian netizen Malaysia apabila menonton video perkongsian @ahjummaizma yang telah meraih banyak tontonan dalam masa sehari ini adalah, latah makcik berbangsa India itu memang gaya-gaya orang Melayu dan sangat fasih dalam dialek Perak.

Rata-rata netizen terhibur apabila melihat video ini dan mereka juga kagum dengan kefasihan makcik ini bertutur Bahasa Melayu.

Sumber

Baca : Suami Luah Perasaan Tentang Hidupnya Yang Bertahun Kahwin Tapi Masih Lagi Dalam ‘Level’ Yang Sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *