Aura Ustaz Azhar Idrus bukan kaleng kaleng pelancong luar pun kenal siap ambil video

Aura Ustaz Azhar Idrus bukan kaleng-kaleng, pelancong luar pun kenal, siap ambil video. Populariti pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tidak dapat disangkal lagi apabila kehadirannya di sekitar Kuala Lumpur mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini tular di media sosial, video memaparkan situasi orang ramai bergilir-gilir merakam gambar kenangan bersama Ustaz Azhar di sekitar pusat beli-belah terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, Ustaz Azhar diserbu peminatnya sepanjang jalan.

Aura Ustaz Azhar Idrus bukan kaleng kaleng pelancong luar pun kenal siap ambil video

Lebih menarik perhatian, apabila terdapat beberapa pelancong asing turut mengambil peluang merakam video dan bergambar bersama Ustaz Azhar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kemesraan Ustaz Azhar melayan kesemua peminatnya dengan senyuman di wajah.

“Orang baik pasti ramai sayang, seronok tengok Ustaz Azhar Idrus layan peminatnya, sentiasa senyum dan hulur tangan untuk bersalam,” ujar Saiful.

“Wah, pelancong asing siap ajak Ustaz Azhar bergambar, siap ada yang rakam, mungkin mereka pun teruja lihat ramai datang nak bergambar dengan UAI,” kata Mohd. Hidayat.

BACA:

Mayat budak lelaki 3 tahun dijumpai dalam semak, keadaan mayat sangat menyayat hati

Orang terkaya asia perkenal kembali jenama minuman yang boleh saingi Coca-Cola

Wanita maut masa jatuh gaung ‘call’ radio cerita detik-detik yang terjadi, siap mengilai lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *