
Awas! Jangan ambil mudah masa mandi wajib, ini cara yang betul dan afdal
Mengetahui cara mandi wajib yang betul adalah penting. Bukan apa, kalau tidak mandi dengan cara yang betul, ia boleh mengakibatkan ibadah kita yang lain menjadi tidak sah. Nak mandi wajib, kamu boleh mandi menggunakan air paip, shower atau air hujan, apa yang penting air tersebut mestilah air mutlak iaitu air yang suci bersih.
Langkah mandi wajib yang betul daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Dan langkah mandi wajib ini boleh diguna pakai oleh perempuan dan juga lelaki.
Antara langkah-langkahnya adalah:
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
- Niat mengangkat hadas besar (umum)

- Niat mandi junub (bersetubuh)

- Niat mandi selepas datang haid

- Niat mandi wajib kerana nifas

2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak 3 kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk
- Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa (untuk solat). Atau pun bahagian kaki boleh ditangguhkan dan cuci selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut dengan rata sebelum siram dengan air sebanyak 3 kali
- Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
- Bagi wanita yang mandi untuk selepas haid atau junub, perlu dilepaskan ikatan rambut tersebut.
8. Mulakan bahagian kanan
9. Ratakan air ke seluruh badan
10. Berwudhu