TerasMalaysia

Awas! KKM Beri Amaran Jangkitan Parasit Pemakan Otak, Elak Aktiviti Air Tawar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Awas! KKM Beri Amaran Jangkitan Parasit Pemakan Otak, Elak Aktiviti Air Tawar

Baru sahaja kes melibatkan wabak Covid-19 sedikit reda di seluruh dunia, kita digemparkan pula dengan susulan kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri di Korea Selatan. Justeru, KKM telah mengeluarkan nasihat pencegahan jangkitan ameba pemakan otak ini. Walaupun tiada kes di Malaysia, kita perlu berhati-hati apabila menjalankan aktiviti air tawar di dalam mahupun luar negara.

KKM menasihatkan rakyat berhati-hati dan mengambil langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar susulan kes pertama jangkitan ‘amoeba pemakan otak’ yang menyebabkan seorang lelaki maut di Korea Selatan. Amoeba Naegleria Fowleri berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang.

4 PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK ELAK JANGKITAN

1. Elak daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat amoeba berada di situ.

2. Elakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mungkin dicemari amoeba boleh memasuki rongga hidung.

3. Mencuci badan dengan air yang terawat dengan sabun selepas melakukan aktivit dalam air.

4. Segera mendapatkan rawatan apabila demam, sakit kepala, muntah atau mengalami kekakuan leher (neck stifness) secara tiba-tiba selepas melakukan aktiviti air.

Lampu Isyarat Pintar Akan Dipasang Bagi Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya

Leave a Comment