“Ayah sangat alim, tapi masa dia nazak, kami terkejut tengok keadaan dia, semua terbongkar lepas kawan lamanya ziarah”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Ayah sangat alim, tapi masa dia nazak, kami terkejut tengok keadaan dia, semua terbongkar lepas kawan lamanya ziarah”. Para pembaca sekalian, betul apa yang Puan Aina risaukan. Dosa sesama manusia bukan perkara remeh yang perlu kita memandang rendah. Apatah lagi bila melibatkan maruah manusia yang lain.

Kerana tiada mengenali aku disini, biarlah aku buka sedikit pekung didada mengenai kisah keluarga aku.

Arwah Ayah aku seorang Engineer. Selalu follow group tabligh dan seorang ayah yang cukup sempurna dimata kami.

Sedikit pun ayah tidak pernah naik tangan. Dia menjaga ibu dengan sebaiknya sehinggalah ke akhir hayatnya.

Malang tidak berbau, ayah ditimpa rumah roboh sewaktu bekerja. Ayah koma selama dua minggu. Tetapi yang peliknya, doktor mengatakan ayah nazak, tetapi bila semua preparation dah dibuat, oksigennya kembali normal.

"Ayah sangat alim, tapi masa dia nazak, kami terkejut tengok keadaan dia, semua terbongkar lepas kawan lamanya ziarah"

Esok jadi benda yang sama, berulang ulang selama dua minggu. Ia seperti nyawanya susah nak keluar dari jasad. Seperti dalam keadaan tersiksa.

Wajah ayah yang dahulunya putih, menjadi agak gelap.

Ramai ustaz datang untuk membaca doa supaya dipermudahkan urusan ayah. Malangnya keadaannya masih sama.

Kami semua memohon maaf kepada orang sekeliling sekiranya ayah pernah berdosa, atau hutang. Tetapi ayah tidak pernah berhutang dengan orang lain. Dia yang selalu dihutang orang.

Sampailah seorang rakan baiknya di universiti datang melawat, kami menceritakan keadaan ayah dan dia terus berwajah sugul.

Pakcik Ahmad iaitu kawan ayah hanya berdiam diri buat seketika, dan sepertinya dia menelefon seseorang.

Keesokkan harinya, seorang wanita separuh umur datang melawat ayah. Kami semua tidak mengenali dia.

Dia datang menghampiri ayah, dan mengucapkan perkataan “saya maafkan segala dosa awak kepada saya”.

Kami sekeluarga terkejut dan menjadi tanda tanya apakah dosa ayah kepadanya. Nasib baik waktu itu ibu tiada kerana menguruskan hal lain.

Aku menghampirinya dan mulalah bersoal jawab. Apakah dosa ayah sehingga tersiksa begini?

Rupanya wanita itu adalah bekas tunang ayah. Wanita itulah yang menyara ayah di universiti dulu. Sehinggalah ayah berjaya, ayah meninggalkan dia dengan sekelip mata.

Mereka tidaklah sampai berziina, tetapi ayah berjanji kepadanya untuk nikahi dia selepas berjaya. Hutang janji ayah itulah menjadi asbab ayah sengsara sewaktu menghadapi sakaratulmaut.

Selepas satu jam kejadian itu, ayah pergi meninggalkan kami dengan tenang.

Ini bukan kisah dongeng untuk semua pembaca. Ataupun majalah mastika. Ini adalah cerita benar yang terjadi didalam keluarga aku.

Sampai hari ini ibu tidak mengetahui kisah ini kerana demi maruah ayah dan kesedihan ibu, kami adik beradik berpakat untuk rahsiakan segalanya.

Aku sempat minum dengan wanita terbabit sebelum dia pergi meninggalkan kami.

Wanita itu mengatakan, dia tidak mudah memaafkan ayah kerana dia begitu setia dengan ayah disaat susah dan senang. Wanita itu jugak menolak pinangan orang lain kerana janji setia ayah kepadanya.

Dia berhempas pulas menyara ayah sehingga dia tidak ke menara gading kerana sibuk bekerja. Baginya cukuplah ayah capai cita cita dan berkahwin dengannya. Perasaan sengsara itu dirasai hinggalah kehari ini.

Sebenarnya dia telah melupakan ayah, cuma dia lupa untuk memaafkan kekhilafan ayah kepadanya.

Aku menyusul kepada wanita terbabit untuk membayar segala kos pengajian ayah supaya tiada hutang diantara kami. Tapi dia menolak dan beralasan rezekinya makin bertambah selepas ayah menganiaya dirinya.

Al-fatihah untuk ayah.. kami tiada dendam kepada ayah, cuma yang aku ingin sampaikan kepada sahabat semua, jangan memandang ringan dengan dosa dan janji sesama manusia.

Seperti kisah Puan Aina, beliau berhak untul risau dan trauma kerana dia tahu tentang perkara ini.

Buat Puan Aina, aku mendoakan semoga wanita terbabit memaafkan suami Puan. Keadaanya lebih keruh kerana hilang kehormatan dan dicurangi dengan begitu kejam.

Buat semua sahabat, jauhilah zina dan peganglah pada janji yang dibuat.

Sekiranya tidak mampu untuk melunaskannya, mohon lah maaf kepada manusia terbabit dan selalulah berdoa agar hatinya dilembutkan oleh Allah swt.

Akhir kalam, semoga kalian semua dilindungi Allah swt

Al-fatihah kepada ayahku..

BACA:
Isteri tak teragak-agak serang suami lepas jumpa benda seakan kondom dalam poket seluar
Isteri ‘disondol’ doktor lelaki masa bertugas di tanah suci, bagi ganjaran kalau jumpa untuk tindakan lanjut
Telefon terpakai yang dibeli pelanggan banyak kisah ‘misteri’, tiba-tiba dapat panggilan minta tolong

Leave a Comment