TerasMalaysia

Baby Shima tampil dengan pakaian sopan masa persembahan, tercengang netizen bila tengok

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Baby Shima tampil dengan pakaian sopan masa persembahan, tercengang netizen bila tengok. Penyanyi sensasi Baby Shima mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan imej menutup aurat ketika menjayakan persembahan pada sebuah program masyarakat di Padang Sungai Isap Damai, Kuantan hari ini.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, dia seolah-olah terkilan apabila terdapat pihak yang telah membuat penilaian awal bahawa kehadirannya itu akan berlaku aksi tidak sopan di atas pentas.

Shima berkata, dia peka dan mengambil berat soal konsep persembahan oleh pihak penganjur apatah lagi bersempena peristiwa Israq Mikraj yang jatuh pada hari ini.

“Selesai ‘bergoyang’ ya habibi harini. Next time datang dulu sebelum berkata2.. bila Shima dapat tau ada show dan hari Isra Mikraj, shima sendiri yang ingin menampil sebegini.
“Tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata2 dulu sebelum melihat, sampai ada yang berkata Shima tidak hormat hari mulia ini.
“Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan shima persembahkan. Sempena Isra Mikraj ni Shima tau menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa..
“Terima kasih Datuk bandar, Majlis Bandaraya Kuantan dan semua yang datang pada hari ni,” tulis penyanyi berusia 31 tahun itu.

Baby Shima tampil dengan pakaian sopan masa persembahan, tercengang netizen bila tengok

Shima berkata demikian menerusi sebuah video di laman Instagram memaparkan dirinya mendendangkan lagu nasyid Habibi Ya Rasulullah dengan mengenakan baju kurung serta berhijab.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor menghantar surat bantahan berhubung kehadiran Baby Shima pada program tersebut kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Wan Razali mendakwa menerima banyak aduan mengenai kedatangan penyanyi berkenaan yang tidak sesuai untuk masyarakat setempat kerana sering terpalit dengan isu moral.

“Kebanyakan acara yang di susun sangat baik untuk manfaat masyarakat setempat. Namun persembahan artis Baby Shima adalah tidak perlu.
“Di bulan Rejab yang mulia ini, sepatutnya kita memperbanyakkan amalan yang mulia bukannya melakukan aktiviti yang mengundang murka Allah,” katanya pada Khamis.
Sumber: Instagram Baby Shima, Facebook search & Wan Razali Wan Nor

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

BACA:

Kena tipu hidup-hidup, rakyat china beli rumah di Johor sampai sekarang tak ada khabar

Selepas 20 Tahun, Ini Rupa Terkini Budak Kira Bintang Dalam Filem Terkenal Bollywood

Seorang Anggota Sanggup ‘Cuci Tangan’ Lepas Dapat Tawaran Kerja Lebih Lumayan Dari Sebelumnya

Leave a Comment