TerasMalaysia

Baby Shima terima mesej berunsur lucah di Instagram, siap tunjuk gambar pelaku dekat netizen

Baby Shima terima mesej berunsur lucah di Instagram, siap tunjuk gambar pelaku dekat netizen. Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Baby Shima menjadi perhatian apabila mendedahkan mesej daripada lelaki yang mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, turut memaparkan mesej dihantar lelaki berkenaan yang bertanyakan bayaran yang dikenakan jika untuk ‘main’ selama dua jam.

Shima turut dilihat memuat naik mesej berkenaan berserta nama akaun dan wajah lelaki miang tersebut untuk tatapan umum.

Baby Shima terima mesej berunsur lucah di Instagram siap tunjuk gambar pelaku dekat netizen

Dalam pada itu, Shima turut berkata tidak ada bisnes jual beli yang dilakukan serta membuka tawaran kepada mana-mana individu untuk ‘main’ dengan lelaki terbabit.

Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki miang tersebut serta turut meminta penyanyi itu membuat laporan polis.

BACA:
Berang dengan jiran sebab guna lesung batu lewat malam, penduduk sepakat tampal notis tanda amaran
Kecoh satu majlis! Wanita ini rempuh khemah kahwin sampai depan pelamin
Tak sangka 5 muzium ini mempamerkan bahan artifak yang sangat pelik, number 2 tu untuk orang-orang sedih

Leave a Comment