TerasMalaysia

Bahana tagih hutang, dua wanita maut dan mayat disimen

Bahana tagih hutang, dua wanita maut dan mayat disimen

Kejadian yang berlaku di Bekasi, Jakarta Indonesia itu benar-benar menggemparkan warga sekitar apabila dua wanita ditemui maut dalam keadaan bertindih dan disimen di bawah tangga di dalam sebuah rumah pada Isnin, 27 Februari lalu.

Kejadian tersebut terbongkar selepas kedua-dua mangsa iaitu H dan Y tidak pulang ke rumah. Si suami Y iaitu Heri pada awalnya menyangka isterinya itu kemalangan. Oleh itu, dia telah pergi ke hospital tetapi wanita tersebut tiada di situ. Dia juga dimaklumkan bahawa rakan isterinya, H (mangsa) juga tidak pulang ke rumah. Bimbang akan keselamatan isterinya, Heri tampil membuat laporan polis.

Dalam masa yang sama, dia cuba mengesan GPS berpandukan telefon bimbitnya yang akhirnya membawa dirinya ke sebuah rumah sewa (lokasi kejadian). Pihak polis kemudian mula melakukan pencarian dan akhirnya mereka menemui mayat kedua-dua mangsa yang telah disimen di bawah tangga rumah terbabit.

Polis mengesyaki suspek sengaja berbuat demikian untuk menyembunyikan mayat tersebut. Pihak polis turut menemui seorang lelaki yang berlumuran darah (tangannya terpotong) berada di lokasi kejadian. Lelaki terbabit iaitu suspek utama kemudian dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sementara itu, jiran tetangga mendakwa mangsa dan lelaki terbabit mengenali antara satu sama lain dan kes pembunuhan tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang antara mereka. Ada dakwaan mengatakan bahawa lelaki terbabit merupakan pelaku dan cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya selepas membunuh mangsa. Namun, pihak polis masih belum dapat mengesahkan adakah lelaki terbabit terlibat dalam kes tersebut memandangkan siasatan masih dijalankan.

Sumber

Baca : Cekal seorang suami jual sayur ditepi jalan dengan harga yang sangat murah demi tampung anak dan isteri

Leave a Comment