Bakal Ibu Ini Sempat Jamah Fish Chip Ketika Tahan Sakit Contraction Raih Perhatian Netizen

Bakal Ibu Ini Sempat Jamah ‘Fish & Chip’ Ketika Tahan Sakit Contraction Raih Perhatian Netizen

Bila sudah tiba masanya untuk melahirkan anak, apa yang anda akan rasa adalah ‘contraction pain’. Apa tu? Contraction pain adalah satu rasa kesakitan yang akan dialami secara berbeza bagi setiap individu. Ramai yang berpendapat bahawa sakit ini adalah lenih sakit dari ketika bersalin. Tetapi, jangan risau, contraction pain adalah tanda bahawa tubuh badan anda sedang melakukan perkara yang betul.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita mengandung sempat menjamah makanan walaupun sedang menahan sakit contraction telah mencuri tumpuan ramai.

@hanisahy_

Dalam otak aku makan selagi larat, nanti 44 hari pantang tak boleh makan #pregnancyjourney

#firsttimemom

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @hanisahy_, kelihatan dia menunjukkan momen ketika dia sedang mengalami sakit contraction.

Difahamkan, video tersebut adalah video throwback ketika dia ingin melahirkan anak pertamanya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia dilihat sempat menjamah makanan walaupun sedang menahan sakit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika sakit contraction. Malah, ada juga netizen yang sempat menjamah makanan sepertinya.

Sumber

Baca : Uncle Ini Cuba Pecahkan Cermin Kereta Dengan Bata Diburu Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *