Bakal isteri terkilan, tunang cari lain sebab berat badan, nekad batal nikah ‘last minute’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bakal isteri terkilan, tunang cari lain sebab berat badan, nekad batal nikah ‘last minute’.

Berkahwin adalah impian bagi pasangan tunang yang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Oleh itu, menjelang hari bahagia pasti pelbagai persiapan akan dirancang rapi demi kelancaran pada hari majlis.

Namun, setiap perancangan untuk bernikah pasti ada terselit ujian ketika sedang mengikat pertunangan.

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok seorang wanita dari Indonesia, Elvina Ramayanti telah memuat naik satu video menunjukkan dia terpaksa memutuskan tali pertunangan dengan bakal suami. Difahamkan, tetamu sudah pun dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Naluri seorang wanita, semakin dekat dengan tarikh pernikahan dia merasakan sesuatu yang tidak kena mengenai bakal suami. Lalu dia memutuskan untuk memeriksa telefon pintar tunangnya itu

Rupa-rupanya lelaki itu sedang rancak berbalas mesej dengan perempuan lain yang dikatakan teman wanitanya. Hancur berkecai hati seorang wanita apabila bakal suaminya itu tergamak mencurangi dirinya yang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Bakal isteri terkilan, tunang cari lain sebab berat badan, nekad batal nikah 'last minute'

Ingin ‘body’ bagus
Bagi mengawal keadaan, Elvina telah bertanya kepada lelaki itu untuk mendapatkan kepastian namun jawapan lelaki itu membuatkan hatinya sekali lagi remuk.

Lelaki itu berkata, perasaannya terhadap Elvina telah ‘pudar’. Dia mahukan wanita yang kena dengan ‘seleranya’. Walau bagaimanapun, Elvina terus bertanya adakah punca perkara ini terjadi kerana berat badannya?

Menurut lelaki itu, dia mahukan wanita yang mempunyai bentuk badan cantik. Keesokan harinya dia akan bertemu kedua-dua orang tua Elvina untuk menjelaskan hal ini dan memutuskan pertunangan secara baik.

Elvina yang juga sedang diet pada ketika itu sangat kecewa dengan alasan yang tidak berhati perut oleh lelaki itu. Hanya disebabkan berat badan, dia kini menanggung kekecewaan yang mendalam.

Di ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata pengguna TikTok memberi semangat kepada Elvina. Katanya mereka, jika cinta seseorang itu tulus pasti dia akan menerima kekurangan pasangannya.

SUMBER

BACA:
“Niat nak jaga ibu untuk jangka masa lama tak kesampaian, merasa duduk rumah baru kami untuk 10 hari sahaja”
Penjara paling ‘heaven’ diserbu polis, mempunyai zoo, kasino dan kelab malam untuk kumpulan gangster
Ini dia 3 jenama yang berasal dari Malaysia, tak sangka boleh tembus pasaran dunia dan tumbuh macam cendawan

Leave a Comment