Bakal teman lelaki ‘lari’ masa jumpa buat pertama kali, beg tangan lesap sebab tinggal dalam kereta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bakal teman lelaki ‘lari’ masa jumpa buat pertama kali, beg tangan lesap sebab tinggal dalam kereta. Seorang gadis mengadu ditinggalkan secara mengejut oleh lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi mencari jodoh (dating app), baru-baru ini.

Bagaimanapun kes itu sudah diselesaikan dengan baik dan ia diminta supaya dijadikan pengajaran kepada wanita di luar sana.

“Saya kenal secara online dengan seorang lelaki ini, saya keluar dating naik kereta dia. Tiba-tiba dia hilang macam tu je dengan barang peribadi saya masih dalam kereta dia.

“Namun saya nak ucapkan terima kasih banyak dekat ayah dia sebab sudi beri kerjasama. Dah dapat semula barang saya. Ini satu pengajaran untuk saya. Jangan sesekali percaya dengan lelaki dekat dating app.

“Jangan jadi pendek akal macam saya. Jangan pernah berani keluar waktu malam dengan lelaki yang kita baru kenal, tolong jangan,” tulis wanita itu insaf.

Bakal teman lelaki 'lari' masa jumpa buat pertama kali, beg tangan lesap sebab tinggal dalam kereta

Perkongsian wanita itu di Twitter menarik perhatian ramai termasuk seorang lelaki yang mengimbas memori lama dan mendakwa dia pernah melihat kejadian yang serupa tetapi malangnya ia berakhir dengan tragedi.

“Kaum lelaki, tolong la bertanggungjawab kalau bawa perempuan keluar. Pastikan hantar mereka pulang dengan selamat. Ketika saya masih remaja, ada seorang gadis ni ditinggalkan di tepi jalan oleh teman lelakinya pada waktu malam.

“Dia merayu untuk tidak ditinggalkan di situ tetapi permintaannya tidak diendahkan dan dia dibiarkan begitu sahaja dalam kegelapan malam. Dia akhirnya diculik, dirogol, dibunuh dan badannya dikerat untuk dibakar.

“Mangsa hanya berumur 16 tahun, dia merupakan pelajar sekolah di kawasan perumahan saya. Kejadian pada tahun 2011 di Masai, Johor. Seluruh kejiranan saya trauma sehingga ke hari ini.

“Pada tahun 2015 suspek itu dah dapat hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, syukur,” kata lelaki itu.

Bakal teman lelaki 'lari' masa jumpa buat pertama kali, beg tangan lesap sebab tinggal dalam kereta

Kejadian yang dikongsikan lelaki berkenaan dipercayai merujuk kepada jenayah pembunuhan kejam didalangi seorang pengawal keselamatan bersama rakannya di sebuah ladang kelapa sawit.

Warga maya lain pula mengatakan tidak manis untuk membawa keluar wanita sehingga ke lewat malam.

BACA:
Gara-gara mengalami masalah dan mental breakdown, gadis selamba togak arak dalam live
Mak buyung terkejut tengok pontianak dekat hujung kaki pukul 3 pagi, nampak tengah pijak bantal
Hanya kerana membawa basikal ke sekolah, guru diherdik dan dimalukan dalam group Wechat

Leave a Comment