TerasMalaysia

Balik sekolah muka bengkak baju koyak, penjaga berang pihak sekolah acuh tak acuh isu buli

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Balik sekolah muka bengkak baju koyak, penjaga berang pihak sekolah acuh tak acuh isu buli. Kebelakangan ini sering dilaporkan kes buli melibatkan pelajar sekolah sehingga ibu bapa penjaga terpaksa membuat laporan polis.

Isu sebegini tidak pernah selesai bahkah sejak dari dulu lagi kes buli seolah mendominasi para pelajar.

Seorang wanita meluahkan rasa sedih dengan perkara yang sama terjadi kepada anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah di Pantai Timur. Dakwa anaknya, pelajar yang sama membuli anaknya dari Tahun 2 sehinggalah sekarang di Tahun 4.

Selalu dipukul suspek yang sama

Balik sekolah muka bengkak baju koyak, penjaga berang pihak sekolah acuh tak acuh isu buli
“Balik je dari sekolah, baju anak koyak rabak. Bila ditanya, dia tak nak beritahu kenapa dan siapa yang pukul. Bila ditanya lagi, baru lah dia beritahu yang ada orang pukul dia.

“Orang yang sama pukul dia. Selalu kena pukul. Malam tadi tengok muka anak, bengkak,” katanya.

Wanita ini juga telah berkongsikan permasalahan tersebut kepada penjaga suspek melalui WhatsApp group sekolah, namun sangat menyedihkan apabila mereka hanya menganggap perbuatan itu hanyalah gurauan sesama mereka.

“Kalau tak boleh nak bergurau, sekolah sorang jerla. Budak-budak besar tu, ada time dia bergurau kasar,” kata penjaga pelajar itu.

Perbualan tersebut bagaimanapun dileraikan oleh guru kelas berkenaan.

Balik sekolah muka bengkak baju koyak, penjaga berang pihak sekolah acuh tak acuh isu buli

Ibu mangsa dihalang daripada membuat laporan polis
Wanita ini juga mendakwa, suspek turut memberi ugutan kepada mangsa sekiranya menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapa mangsa.

“Ni bukan gurau dah, ni kena buli. Anak siap cakap lagi kalau beritahu mak abah nanti dia (pelajar yang buli) suruh abang dia pula datang pukul, anak aku trauma dah ni,” luahnya.

Difahamkan, setelah wanita tersebut membuat aduan kepada guru, mereka didakwa menghalang niat ibu itu untuk membuat laporan polis berhubung kes buli tersebut.

Sekiranya dia masih ingin berbuat demikian, pihak sekolah didakwa tidak akan lagi mempedulikan tentang prestasi pembelajaran anaknya di sekolah.

“Aku ketar lutut dah ni, takut macam tahun lepas kerja sekolah anak tak ada, cikgu (cakap) kalau kita buat aduan, anak yang kena, (cikgu) tak (akan) ambil kisah pasal pembelajaran anak,” katanya.

Menerusi hantaran terbaharu di media sosial, wanita ini menyatakan kes tersebut sudah diserahkan kepada pihak atasan.

BACA:
Kantoi terlanjur dengan janda anak satu, suami sms isteri cerai talak 3 lepas setahun sekat whatsapp
Individu dedah perbualan whatsapp, Ebit Lew punca penganjur rugi RM35,000 gara-gara tak bagitahu tunai haji
Sekumpulan lelaki tak perasan terakam kelibat orang tanpa kepala ketika menikmati pemandangan

Leave a Comment