Bangga dengan pekerjaan yang dilakukan, wanita ini digelar pengutip sampah paling cantik
Seorang pembersih sampah jalan menjadi perhatian netizen kerana mempunyai wajah jelita dan sentiasa bersolek meskipun melakukan tugas sukar tersebut.
Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Pattaramon Thocharoen,27, itu menjadi tular di media sosial kerana netizen tempatan menggelarnya sebagai penyapu sampah yang paling cantik di negara berkenaan.
Menurut Pattaramon atau lebih mesra dipanggil Bow, dia memakai mekap ketika bekerja sebagai penyapu sampah di jalan untuk kepuasan diri sendiri.
Jelas wanita itu lagi, ibunya juga merupakan seorang tukang sapu di jalan dan ayahnya pula seorang pemandu lori sampah.
“Ini adalah profesion yang ibu bapa saya lakukan untuk membesarkan saya, jadi saya bangga dengannya,” katanya.
Bow menerusi hantaran di TikTok kerap berkongsi video menunjukkan rutin kerja hariannya seperti mencabut rumput dan membersihkan tong sampah