TerasMalaysia

Banglo ‘Berhantu’ Berjaya Dijual RM 4.4 Juta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Banglo ‘Berhantu’ Berjaya Dijual RM 4.4 Juta

Seorang pelabur hartanah, Muhammad Ishaq baru-baru ini melalui laman facebooknya berkongsi bahawa sebuah banglo seram yang terletak Bukit Gasing akahirnya berjaya dilelong.
Banglo berkenaan yang selama ini terbiar dan menjadi topik perbualan netizen dikatakan berjaya terjual pada harga RM 4.4 juta.

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang berpendapat bahawa pemilik baharu kediaman tersebut sangat beruntung kerana membeli rumah berkenaan pada harga yang disifatkan rendah. Kata mereka, mengikut harga semasa, rumah berkenaan mungkin bernilai sehingga puluhan juta ringgit kerana hartanah tersebut berada di lokasi salah satu hartanah mewah di Malaysia.

Banglo ‘Berhantu’ Berjaya Dijual RM 4.4 Juta
Gambar hiasan

Sebelum ini, banglo berkenaan sering dikaitkan dengan kejadian mistik dek kerana sudah sekian lama terbiar dan terlihat usang daripada luar. Muhammad Ishak juga ada berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang banglo seram tersebut pada Oktober 2021 menerusi Facebooknya

Katanya, banglo tersebut dipercayai milik seorang lelaki berusia kira-kira 61 tahun dan digadaikan pada 15 Mac 2013.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut berkongsi beberapa kejadian mistik yang didakwa pernah berlaku di kediaman itu.

Dalam pada itu, orang ramai turut tertanya-tanya siapakah individu yang dikatakan membeli banglo usang tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertarik dan mahu melihat perancangan pemilik baharu kediaman berkenaan seperti renovasi atau pembangunan semula yang akan dilakukan kelak.

Sumber

Isu Telur – Kenapa Kerajaan Tak Tekan Taikun Telur Berjenama? Atau Henti Eksport Berlebihan?

 

Leave a Comment