TerasMalaysia

Banjir : 64,598 Mangsa Banjir Di 5 Negeri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Banjir : 64,598 Mangsa Banjir Di 5 Negeri

Susulan banjir yang melanda lima negeri telah merekodkan seramai 64,598 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai.

Angka terkini membabitkan 18,601 keluarga itu direkodkan sehingga jam 6 pagi ini, dengan semua mangsa kini ditempatkan di 368 PPS yang dibuka.

Sehingga pagi ini 34,383 mangsa daripada 9,377 keluarga direkodkan berlindung di 245 PPS yang dibuka, diikuti Kelantan dengan 30,107 mangsa daripada 9,189 keluarga di 119 PPS.

Baki tiga lagi negeri yang terjejas banjir ialah Johor dengan 48 mangsa daripada 15 keluarga di dua PPS, diikuti Perak dengan 26 mangsa daripada 12 keluarga di satu PPS dan Pahang membabitkan 34 mangsa daripada lapan keluarga juga di satu PPS dibuka.

Misteri Kehilangan Warga Emas Ini Terjawab, Sangat Pilu!

Leave a Comment