TerasMalaysia

Banjir Dikampung Raja, Cameron Highlands

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Banjir Dikampung Raja, Cameron Highlands

Disebabkan hujan berterusan satu kawasan perumahan di Kampung Raja di sini dilanda banjir pada pukul 6 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhammad Fadeli Abu Sirin berkata, anggota bomba ke lokasi kejadian pada pukul 6.30 petang sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, banjir menyebabkan penghuni sebuah rumah yang terlibat meminta untuk dipindahkan.

“Hujan berterusan menyebabkan berlaku sedikit kenaikan air yang melibatkan sebuah kawasan perumahan di Kampung Raja. Keadaan itu menyebabkan penghuni satu unit rumah di situ minta dipindahkan.

“Setakat ini cuaca masih hujan dan kita telah menempatkan anggota bomba di kawasan kejadian untuk pemantauan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin kesal dengan kejadian itu yang merupakan kali kedua selepas pada 18 November lalu.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di Taman MCA, Kampung Raja itu dipercayai berpunca daripada pembukaan semula kawasan ladang sayur di kawasan tanah tinggi berdekatan kawasan taman perumahan yang terlibat banjir hari ini.

Katanya, sebelum ini, kawasan ladang sayur itu telah diarah tutup dalam Op Gading.

“Namun apabila lesen diberikan semula untuk tanah itu diusahakan sebagai ladang sayur, kawasan tanah tersebut telah ditolak, dibersihkan.

“Ini menyebabkan apabila hujan, air terus mengalir ke bawah hingga ke kawasan perumahan yang terletak berdekatan kebun sayur tersebut.

“Keadaan ini sudah tentu membimbangkan penduduk berhampiran kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh seperti di Batang Kali, apatah lagi sekarang musim tengkujuh dan di sini setiap hari hujan,” katanya ketika dihubungi.

Dilip seterusnya berharap kerajaan negeri memandang serius kejadian itu termasuk menghentikan serta merta pemberian lesen baharu untuk aktiviti pertanian buat sementara waktu.

“Sekarang musim musim hujan, di sini setiap hari hujan malah semalam hujan berterusan hampir 24 jam. Ini sangat berisiko kepada penduduk di Kampung Raja,” katanya.

Menyeramkan! Tiktok Jadi Lubuk Minyak Pengasih

Leave a Comment