TerasMalaysia

Mangsa Banjir, 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mangsa banjir, 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik

Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa perempuan berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan, salah seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua lagi adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Banjir: TNB Terpaksa Tutup Bekalan Elektrik 9 Tempat Di Tanah Merah, Kelantan

Leave a Comment