TerasMalaysia

Banjir Kilat Dijangka Akan Melanda Di 6 Buah Negeri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Banjir Kilat Dijangka Akan Melanda Di 6 Buah Negeri

Banjir kilat dijangka mungkin akan melanda dalam tempoh 24 jam di 6 buah negeri.

Banjir kilat tersebut mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui notis dikeluarkan jam 7 pagi ini berkata, kawasan terbabit di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).

Gambar hiasan

Di Pahang, tiga daerah terbabit iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).

Sementara itu, di Perak dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang.

Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) manakala di Sabah ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh terbabit.

Sumber

Banjir : 64,598 Mangsa Banjir Di 5 Negeri

Leave a Comment