Banjir TNB Terpaksa Tutup Bekalan Elektrik 9 Tempat Di Tanah Merah Kelantan

Banjir: TNB Terpaksa Tutup Bekalan Elektrik 9 Tempat Di Tanah Merah, Kelantan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa pihaknya telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Tanah Merah, Kelantan susulan banjir yang melanda negeri itu.

Menerusi notis yang dimuat naik di Facebook, TNB berkata penutupan bekalan elektrik itu dilakukan bagi memastikan keselamatan para pengguna.

Antara kawasan yang terlibat ialah Bendang Nyior, Sekolah Bendang Nyior, Mek Kechai, Loji Air Bendang Nyior, Bukit Kechik, Tebing Tinggi, Sawmill Nirwana, Kuala Kepok dan Padang Kijang.

“Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana banyak pokok dilaporkan tumbang dan menghempap tiang serta talian TNB.

“Usaha-usaha daripada pihak TNB juga sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” kata TNB.

Tambahnya, penduduk juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan persekitaran serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara.

BACA: Anwar Sedang Menuju Pemerintahan Diktator

“Mohon utamakan keselematan dan hubungi 15454 atau Private Message (PM) kami di Facebook TNB Careline untuk melaporkan pepasangan TNB yang berada dalam keadaan bahaya,” katanya lagi.

Sumber: TNB via Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *