Banyak cikgu dah ‘up’ gambar tandas sekolah masing-masing, ada segelintir netizen risau atas sebab-sebab ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Banyak cikgu dah ‘up’ gambar tandas sekolah masing-masing, ada segelintir netizen risau atas sebab-sebab ini.

Baru-baru ini, beberapa keping foto yang didakwa tandas yang telah diubah usai di beberapa sekolah tular di platform X.


Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat pelbagai jenis tema dan konsep yang diterapkan, sehingga tidak kelihatan seperti tandas sekolah normal.


Selain menerima pujian, ada juga beberapa pengguna media sosial yang bimbang jika tandas berkenaan tidak dapat dikekalkan kebersihan dan kekemasannya, dan bakal menerima nasib yang sama seperti tandas sekolah lain.

“Yang penting tandas bersih, praktikal, pengudaraan serta pencahayaan bagus. Dekorasi tak penting sangat sebab cuma kosmetik yang makan belanja.”


“Teringat masa mula pegang jawatan pengawas tahun 1977 diberi tugasan jaga tandas lelaki. Tepuk dahi oooo…”

Banyak cikgu dah 'up' gambar tandas sekolah masing-masing, ada segelintir netizen risau atas sebab-sebab ini


“Boleh je cakap. Semua boleh cantik. Masalahnya, maintenance. Kita bukan negara yang tahu perihal maintenance! Kita juga suka membiak fahaman vandalisma.”


“Ni masuk mesti kena buka kasut. Kalau tak buka nanti memang akan ada kesan tapak kasut budak kat pintu sebab nak tahan pintu sambil buang air besar sebab pintu tak boleh kunci kunci.”


Terdahulu, sebanyak 7,544 atau 90.3 peratus projek penyelenggaraan kecil Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam proses dan siap dilaksanakan setakat 22 September lepas.


Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pihaknya dengan kerjasama KPM telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek penyelenggaraan kecil melibatkan penyelenggaraan tandas bagi 8,354 sekolah dengan peruntukan RM630.77 juta yang bermula pertengahan Julai lalu.


Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan. Projek penyelenggaraan ini dijangka dapat disiapkan pada penghujung Oktober 2023.

BACA:
Selebriti bujang menyalahi undang-undang, ambil anak angkat perempuan guna nama orang lain
“Assalamualaikum semua” – Tangkap layar status dimuat naik View Chin dalam facebook jadi tanda tanya
Wanita alami penyakit misteri lepas hilang seluar dalam, kerap mimpi diri dipuja dan kulit terasa sakit bila disentuh

Leave a Comment