TerasMalaysia

Bapa Durjana Bunuh Anak Dengan Air Panas Di Hadapkan Ke Mahkamah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa Durjana Bunuh Anak Dengan Air Panas Di Hadapkan Ke Mahkamah

Seorang bapa berdepan dengan tuduhan membunuh anak sulungnya yang berusia sembilan tahun. Tertuduh iaitu seorang tukang kasut juga menyimbah seorang lagi anaknya dengan air panas menggelegak daripada cerek sehingga melecur di bahu dan lutut.

Mohd Yasin Halik yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini  turut didakwa menyimbah teman wanitanya seorang warga Indonesia yang ketika itu sedang tidur, dengan air panas sehingga mangsa melecur di bahagian punggung.

Kedua-dua anak perempuannya yang berusia sembilan dan enam tahun itu juga adalah warga Indonesia hasil bersekedudukan dengan teman wanitanya yang hanya dikenali dengan nama Suma.

Lelaki itu yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, hanya menangguk tanda memahami tuduhan membunuh anak perempuannya pada jam 9 malam, 9 Disember lalu di sebuah rumah di Jalan Pudu, di sini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Yasin .

Sumber : Google Image

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan 21 Februari depan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, bagi tuduhan mencederakan teman wanitanya di tempat sama jam 1 pagi 8 Disember lalu, Chai Sia menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas Mohd Yasin selepas lelaki itu mengaku bersalah.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Ketika ditanya oleh majistret sama ada untuk merayu bagi diringankan hukuman, Mohd Yasin hanya menggelengkan kepala.

Di Mahkamah Sesyen pula, Mohd Yasin turut mengaku bersalah menyimbah air panas ke atas anak bongsunya berusia enam tahun enam bulan pada 1 Disember lalu .

Hakim, Norina Zainol Abidin menetapkan 9 Januari ini bagi jatuh hukum.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya .

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya B Sareeka dan Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar.

Sumber

Kemaruk Glamour! Salt Bae Dikecam

Leave a Comment