TerasMalaysia

Bapa Ini Bawa Anak Usia 5 Bulan Pergi Hiking Tanpa Berbekalkan Apa-Apa Alat Keselamatan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa Ini Bawa Anak Usia 5 Bulan Pergi Hiking Tanpa Berbekalkan Apa-Apa Alat Keselamatan

Baru-baru ini, tular sebuah klip video di Tiktok yang dikongsikan oleh syareelizamali menunjukkan beliau telah berjumpa dengan seorang bapa yang telah membawa anaknya yang berusia 5 bulan ‘hiking’. Bapa tersebut telah mendukung anaknya tanpa menggunakan apa-apa peralatan keselamatan sambil mendaki tangga-tangga yang menuju ke puncak bukit. Keadaan tersebut telah merisaukan warganet.

@syareelizamali

Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp

♬ original sound – SIA – SIA

Rata-rata netizen mengatakan bahawa bapa tersebut sungguh berani membawa anaknya masuk ke hutan dalam usia yang sangat kecil. Ramai juga yang merisaukan keselamatan anaknya tersebut yang terdedah dengan pelbagai situasi yang merbahaya ketika berada di dalam hutan terutamanya cuaca sekarang ini. Ada juga yang mengatakan agar biarkan saja bapa tersebut dengan caranya kerana itu adalah anaknya dan lain ibu bapa lain caranya.

Syareel juga sempat berseloroh mengatakan sesiapa yang gemar memberikan alasan untuk mendaki bukit kerana keletihan perlu melihat video tersebut sebagai inspirasi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata waraga netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut malah ada juga yang meluahkan rasa risau terhadap keselamatan anak kecil itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut mencadangkan agar lelaki tersebut menggunakan ‘baby carrier’ jika ingin membawa budak tersebut sewaktu hiking.

Sumber

Baca : Kesian Gadis Ini Terkejut Bila Pak Cik Gelandangan Terjaga – Niat Dia Betul Dah.. Tapi Benda Lain Pula Yang Jadi

Leave a Comment