TerasMalaysia

Bapa jadi ‘bidan terjun’, terpaksa nikah dengan bakal menantu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa jadi ‘bidan terjun’, terpaksa nikah dengan bakal menantu

Kegembiraan seorang gadis untuk bergelar isteri bertukar sayu apabila bakal pengantin lelaki menghilangkan diri di hari perkahwinan mereka.

Begitulah nasib yang menimpa seorang gadis di Kampung Jikotamo, Obi, Halmahera Selatan di Indonesia.

Bakal suaminya melarikan diri ketika hendak melangsungkan akad nikah, pada 29 Ogos lalu.Kedua-dua keluarga bakal pengantin telahpun menyediakan segala persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.

Disebabkan ketidakhadiran lelaki berkenaan, bapa kepada lelaki berkenaan mengambil tempat anaknya lalu dinikahkan dengan wanita tersebut.

Menerusi video yang viral di media sosial, kelihatan seorang lelaki mengenakan baju kemeja batik lengan panjang yang duduk berhadapan dengan individu yang didakwa sebagai bapa lelaki tersebut.

Video tersebut diteruskan dengan proses ijab kabul antara bapa lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi menantunya.

Abang kepada wanita itu berkata, keluarganya datang ke lokasi akad nikah sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut.

“Para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan.

“Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan,” katanya sambil memberitahu yang si adik telah menjalin hubungan cinta yang agak lama dengan pilihan hatinya.

Tambahnya, dia dan keluarga mengalami kerugian sehingga Rp25 juta (kira-kira RM7,630) menguruskan persiapan majlis pernikahan itu.

Dia juga berasa dipergunakan dan turut malu dengan insiden yang telah berlaku.

Baca : Tetamu jadi mangsa cabul lepas hadiri perkahwinan pasangan songsang

Leave a Comment