Bapa Lepak Setable Hisap Dadah Dengan Anak Sebab Tak Boleh Terima Hakikat Sudah Bercerai

Bapa Lepak ‘Setable’ Hisap Dadah Dengan Anak Sebab Tak Boleh Terima Hakikat Sudah Bercerai. Seorang lelaki berusia 53 tahun yang juga merupakan seorang bapa merupakan antara penagih dadah yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada Khamis di sebuah ladang kelapa sawit.

Belajar hisap dadah dengan anak

Berikutan tangkapan di Kedah itu, lelaki tersebut mengatakan bahawa dia menghisap dadah hasil dari ajaran dan ajakan anak lelakinya yang turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Kegiatan anak-beranak itu bermula selepas lelaki tersebut mengakui dia menghisap dadah kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa hubungannya bersama isteri berakhir dengan penceraian.

Sementara itu, dalam sebuah serbuan di satu lagi ladang kelapa sawit mendapati seorang datuk kepada lima cucu mengatakan dirinya ingin membeli roti canai dan terpaksa menggunakan jalan di kawasan tersebut untuk ke lokasi.

Bapa Lepak Setable Hisap Dadah Dengan Anak Sebab Tak Boleh Terima Hakikat Sudah Bercerai

Pun begitu, alasannya tidak diterima oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang melakukan operasi berkenaan.

Menurut Superintendan Anuar Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Daerah Kuala Muda, seramai 48 orang penagih dadah termasuk seorang wanita berjaya ditahan dalam serbuan yang dilakukan.

Lokasi ini dah diserbu berkali-kali tetapi nampaknya penagih dadah masih lagi menjadikan ianya sebagai tempat untuk mendapatkan bekalan.

Hasil dari operasi itu juga, pihak polis berjaya merampas dadah jenis heroin bernilai RM915 dengan berat 26.15 gram dan juga 1.2 gram syabut yang bernilai RM120.

BACA:

Remaja Ini Perlukan Jantung Semut Untuk Eksperimen Subjek Biologi Raih Perhatian Netizen

Ini Sebabnya Kenapa Tarikh Raya Cina Berubah Setiap Tahun

“Marah Sangat” – Lelaki Ini Campak Telefon Pintar Yang Baru Dibelinya Ke Dalam Sungai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *