Bapa mati-mati ingat anak berusia 10 hari dibawa lari orang, rupa-rupanya..

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa mati-mati ingat anak berusia 10 hari dibawa lari orang, rupa-rupanya… Seorang bayi yang baru berusia 10 hari dilaporkan hilang rupa-rupanya telah dijual oleh ibu kandungnya sendiri di platform Facebook.

Bapa kandung buat laporan polis

Memetik laporan Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indonesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.

Bagaimanapun, bayi tersebut ternyata bukan diculik tetapi sebaliknya dijual kepada sepasang suami isteri untuk dijadikan anak angkat tanpa pengetahuan bapa kandungnya.

Wanita yang berada dalam kesempitan wang itu difahamkan telah mengiklankan anaknya menerusi media sosial Facebook sebelum bayinya lahir lagi. Dia kemudian menerima sebanyak RM2437.80 (8 juta Rupiah) daripada pasangan suami isteri berkenaan.

melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, Kompol Indar Wahyu Dwi, ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat, ianya perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul. Bagaimanapun, ibu kandung bayi tersebut tidak mengetahui tentang proses berkenaan.

Pengambilan anak angkat telah dikawal oleh Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak. Ada mekanisme supaya ia tidak dilakukan secara haram.

Sementara itu, polis berkata pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut mengambil keputusan untuk membeli bayi berkenaan kerana mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Tiada motif lain. Kami sudah memeriksa keadaan mangsa ketika ditemui dan menyelidik latar belakang pasangan itu.

Susulan itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga. Bagaimanapun, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari disusukan ibunya.

BACA:
Gara-gara mengalami masalah dan mental breakdown, gadis selamba togak arak dalam live
Mak buyung terkejut tengok pontianak dekat hujung kaki pukul 3 pagi, nampak tengah pijak bantal
Hanya kerana membawa basikal ke sekolah, guru diherdik dan dimalukan dalam group Wechat

Leave a Comment