TerasMalaysia

Bapa sanggup ‘tidur’ anak sendiri selama 10 tahun, tanam bayi hasil perbuatan terkutuk sebanyak 7 kali

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa sanggup ‘tidur’ anak sendiri selama 10 tahun, tanam bayi hasil perbuatan terkutuk sebanyak 7 kali. Sangat menjijikkan! Seorang bapa kantoi meniduri anak perempuannya sendiri sejak 10 tahun yang lalu hinggakan gadis tersebut hamil untuk beberapa kali.

Lagi mengejutkan apabila penduduk Kampung Banyumas, Indonesia menjumpai tulang dan rangka 4 bayi yang dibalut dengan kain hasil daripada sumbang mahram anak beranak itu.

Melalui laporan, anak kandungannya telah ditiduri oleh lelaki tersebut sejak umurnya 14 tahun dan kini dia sudah pun berumur 25 tahun.

Suspek bernama Rudi, 57, telah pun ditangkap oleh pihak polis dan dia turut mengakui bahawa masih ada 3 bayi lagi yang dilahirkan oleh anak perempuannya.

Bapa sanggup 'tidur' anak sendiri selama 10 tahun, tanam bayi hasil perbuatan terkutuk sebanyak 7 kali

Susulan pengakuan tersebut, jumlah keseluruhan yang telah digugurkan adalah sebanyak 7 bayi dan kini kerja-kerja mencari lebihan rangka sedang dijalankan di lokasi yang sama.

Melalui perkongsiaan penduduk setempat, anak beranak itu sudah banyak kali dihalau dan bertukar-tukar tempat sewa kerana perbuatan jijik mereka berdua.

Info lain pula, salah seorang bayi hasil sumbang mahram tersebut telah diambil sebagai anak angkat penduduk kampung dan kini dia sudah pun berumur 11 tahun.

BACA:
Gara-gara konten selama 10 saat, pelajar perempuan ini perlukan masa 2 tahun untuk pulih seperti sedia kala
Tengah sedap makan nasi lemak yang dibeli rakan, lelaki terkejut jumpa lauk ‘extra’ terselit bawah nasi
Menjadi pendiam dan tidak bergaul, doktor temui 67 DNA dalam badan budak berusia 8 tahun

Leave a Comment