Bapa terkejut anak jadi mangsa gangguan seksual masa bermalam di rumah PU Azman

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa terkejut anak jadi mangsa gangguan seksual masa bermalam di rumah PU Azman. Sebentar tadi penceramah selebriti, PU Azman tiba di Mahkamah Seksyen Seremban bagi perbicaraan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Febuari dan Julai tahun lalu.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual pendakwah itu memberitahu pihak mahkamah yang dia menghantar anaknya bermalam di rumah PU Azman untuk mempelajari ilmu agama.

Mangsa yang baru saja berusia 17 tahun telah dihantar ke rumah pendakwah itu yang berada di Klang, Selangor selepas mendapat keizinan bapanya.

Bapa terkejut anak jadi mangsa gangguan seksual masa bermalam di rumah PU Azman

Walau bagaimanapun, bapa kepada mangsa dapat mengetahui perkara terkutuk yang dilakukan pendakwah itu selepas seorang guru sekolah turut mendakwa anaknya juga menjadi mangsa.

Saya terkejut perkara ini boleh berlaku sebab tak percaya ustaz boleh buat perkara begitu.

Dalam pada itu, saksi memberitahu anak lelakinya mengalami masalah tekanan atas perkara yang sudah berlaku terhadap dirinya dan dia turut meminta untuk menamatkan pengajian di kolej vokasional.

BACA:
Pelakon terkenal kantoi lakukan hubungan sejenis, tular video keluar bersama dan bermesraan dengan penyanyi lelaki
Individu jumpa botol berisi gambar lama dan beras celah batu, tak sangka ramai yang cakap sihir
R&R jual makanan lama, ramai kembang tekak tengok wanita ini hampir-hampir makan burger yang dah berulat

Leave a Comment